AHLI-AHLI 5 BETA 2009


Syukri(mR.King)
nama sebenar beliau ialah RAJA SYUKRI..diberi gelaran king kerana perkataan itu telah sinonim dengan dirinya..dia bukan keturunan raja,bukan juga keturunan sultan,beliau ialah berketurunan ibubapa beliau..mungkin rumah beliau berdekatan dengan istana..jadi terambil lah perkataan raja itu..baru2 ini,beliau telah terkantoi dengan ckgu disiplin kerana memasang lagu dalam hp dengan terlalu kuat sehingga didengari oleh ckgu yang kebetulan lalu dkt kelas kami...amat kelakar melihat reaksi beliau ketika itu..beliau amat bersyukur kerana hp beliau tidak dirampas..akibat peristiwa itu,beliau telah trauma untuk membawa hp ke sekolah selama 1 hari...lebih lanjut mengenai beliau di http://profiles.friendster.com/45473996


ENCIK ASRAM

nama beliau ialah encik Asram...beliau ialah guru kelas ke 2 kami..beliau menggantikan guru kelas pertama kami iaitu puan nastientie yang baru bersalin..beliau merupakan guru baru di sekolah kami..beliau baru berpindah dari kuantan...di dalam kelas,beliau mengajar subjeck sivik..beliau jugalah yang menyebabkan kami bersemangat menghias kelas kerana ada sebab2 tertentu...beliau seorang yang tegas dan selalu buat kami gelak..knape,tk diketahui....





Sadiq(mr.sleeping)
nama sebenar beliau ialah muhd Sadiq..mendapat gelaran mr sleeping kerana suka tido di dalam kelas...beliau juga mudah tertido walaupun belum disuruh...kebolehan beliau ialah beliau mampu tido walau dalam apa jua keadaan termasuklah ketika bising..beliau ialah seorang pengawas dan juga ahli pasukan ragbi maktab...walaupun badan kecik tapi beliau mampu bermain ragbi...di dalam kelas,beliau sangat ceria dan happy sokmo...antara waktu2 tido beliau di dalam kelas ialah semasa subjek biologi dan juga sejarah...beliau tinggal di asrama..beliau juga amat rapat dengan sufri dan norie...(sek asrama)...beliau tinggal di asrama kerana rumah beliau amat jauh iaitu di rantau panjang...pada suatu ketika,,beliau merasa amat kecewa kerana ditinggalkan oleh kawan2 yang lain semasa hendak pergi ke jeram linang...tetapi beliau telah bertekad untuk tidak ditinggalkan lagi...lebih lanjut mengenai beliau di http://profiles.friendster.com/24246649

Alif(Campakboy) The Monitor..
nama sebenar muhd alif..mendapat gelaran Campakboy kerana seminggu tk dtg skolah sbb kena campak...maybe brjangkit ngan super supreme..ckgu asyik bertanyakan beliau..yang paling kuat brtanyakan beliau ialah ckgu kelas kami iaitu encik Asram..nasi air dekat rumahnya memang sedap..fuh...best ooo..kami slalu kesana sbelum ke kelas tambahan..selepas itu kami akan ke rumah beliau untuk layan cerita jelita...(lari tajuk)..beliau pernah marah kerana disaman jpj kerana motor beliau tiada side mirror..itulah serba sedikit tentang monitor kami..lanjuk mengenai beliau di http://profiles.friendster.com/silverpearl24

Farhan(mr Lentkiller)
Nama sebenar ahmad farhan...mendapat gelaran Lentkiller dari encik sufri semasa mengedit gambar...pencapaian sebagai lent killer->berjaya membunuh 5ekor semut dalam satu2 masa..berjaya menangkap nyamuk dengan tangan,berjaya membunuh lipas dengan semburan ridsect..berjaya melanggar katak dengan tak sengaja..kedudukan di dalam kelas adalah paling belakang dan paling tengah...selalu tension kerana letih...rumah beliau di depan airport..slalu tngk kapal terbang..beliau juga suka main bola..beliau sekarang tengah stress kerana lesen P beliau tidak siap2 sampai sekarang..katanya dah 2 minggu...beliau ialah penyokong bola sepak kelantan yang paling fanatik...sekian..ingin ketahui lebih lanjut??layari http://profiles.friendster.com/35405150

Wan(chubbyboy)
nama sebenar beliau ialah Nizwan,kalau tk silap...Beliau seorang yang ceria..tngk sahaja cara beliau senyum.. mendapat gelaran chubbyboy kerana pipi beliau banyak isi dan sedap bila dipegang..macam pipi bayi..lembut di tangan...beliau sangat meminati arsenal..dan bercita2 untuk menggantikan arsene wenger...betul ko we??beliau juga suka bermain bola..setiap petang beliau akan berlatih bersama2 rakan beliau di padang maktab..harap harap beliau akan berjaya mencapai cita2nya..profile beliau http://profiles.friendster.com/91051867


Syamir(Bungaboy)
nama sebenar beliau ialah muhd syamir...mendapat gelaran bungaboy kerana beliau akan menjadi budak baik apabila berhadapan dengan perempuan terutama kakak2 form6..
beliau juga suka untuk mengubah bunyi sesuatu perkataan dalam bahasa inggeris...
beliau dilantik sebagai AJK keceriaan kelas..semua benda di dalam kelas yang nampak ceria adalah hasil kerja keras beliau bersama anak buah beliau...beliau juga disenangi ramai guru kerana bersikap baik di dalam kelas...sangat bersemangat semasa sukantara..beliau menyertai semua acara untuk menyumbangkan mata kepada rumah sukan beliau..menyertai satu kelab futsal di rumah beliau..Syabas Mr.Syamir....http://profiles.friendster.com/65527091


Yo(successful Playboy)
nama sebenar beliau ialah Fakhrul Ridha...mendapat gelaran playboy berjaya kerana kejayaan
beliau mendapatkan banyak no telefon perempuan termasuk lah no telefon kak zie(kakak yang menjual di koperasi maktab,skarang dh tk ada)..kehebatan beliau berbuat demikian ialah disebabkan oleh teknik2 beliau yang hebat..beliau juga bijak menyusun strategi..baru2 ini beliau telah menjadi suspect bagi kes demam denggi..4 hari tk dtg sekolah...sudah tentu rakan2 beliau rindukan beliau... rumah beliau sangat jauh..iaitu dekat sk padang kala..di mana tidak diketahui...apabila ada masa lapang, beliau akan bergerak ke satu tempat yang popular di kota bharu iaitu di kbmall..tujuannya ialah untuk menikmati pemandangan yang indah di kbmall bersama2 rakan-rakan seperjuangan yang lain termasuk lah farhan dan sufri...sambil sambil window shopping...layari http://profiles.friendster.com/74610019

NOrie(mr.romantis)
nama sebenar beliau ialah norie..mendapat gelaran Mr romantis kerana dikatakan berjiwa romantik sama ada kepada teman beliau ataupun kepada teman2 lelaki yang lain...sufri dan sadiq ialah tempat beliau meluahkan perasaan yang terpendam..beliau selalu berkepit ngan 2 orang itu...al maklum la duk di asrama...asrama ialah rumah kedua bagi beliau..rumah pertama tidak dapat dikesan tetapi dikatakn berada di Mulong.
..apabila berada di dalam kelas, beliau kelihatan tenang sahaja..tetapi kekadang beliau tidak dapat menyembunyikan rasa mengantuk beliau yang teramat sangat..beliau selalu mengajak encik sufri untuk tidur pada waktu sejarah..beliau juga seorang yang meminati kapal terbang..mungkin cita cita untuk menjadi pilot...selamat berjaya kepada norie..

Kong(Chah!!!man)
nama beliau ialah furqhan..beliau mendapat gelaran tersebut kerana telah membuatkan perkataan CHAH!!! menjadi begitu glamour di sekolah dan juga sekitar Kubang Kerian...beliau adalah orang yang penting di dalam kelas kerana kelas akan menjadi sunyi jika beliau tidak ada...selain itu,beliau juga bertindak sebagai Ajk disiplin ketika berada di dalam kelas..tugas beliau adalah untuk memberitahu cikgu bahawa masa sudah tamat...beliau hanya akan berbuat demikian apabila beliau berasa bosan untuk belajar sesuatu subject...selain itu,,beliau juga mempunyai pertalian darah yang cukup rapat dengan ckgu BM kami iaitu ckgu Zul..ini kerana beliau sentiasa keno "MAPUH" ko ckgu zul...tetapi beliau tetap cool kerana itu ialah perkra biasa bagi beliau...beliau sudah kalis..para pelajar yang lain juga merasa seronok melihat karenah beliau dan ckgu zul...semoga terhibur..http://profiles.friendster.com/60222938

Kimi(Relaxboy)
nama sebenar beliau ialah syahrul hakimi..mendapat gelaran tersebut kerana sentiasa kelihatan tenang walaupun dalam situasi yang runcing..beliau dikatakan kelihatan kacak dengan adanya janggut yang sedikit di dagu beliau..memiliki motor honda Bullat yang dikatakn topspeed nya mampu mencapai 500m/j ...sungguh laju motor beliau..kehidupan peribadi beliau tidak diketahui kerana beliau tidak penah mendedahkannya...orang suka beliau turut suka..orang gelak beliau turut gelak..begitulah serba sedikit tentang kehidupan beliau..mungkin akan diupdate apabila kajian mengenai beliau selesai..
Kar9(Jiwangboy)
nama beliau ialah Zulkarnain....diberi gelaran tersebut kerana jiwanya yang suka layan lagu jiwang...beliau juga ialah peminat utama penyanyi jepun iaitu Yui...untuk menunjukkan bahawa beliau ialah peminat utama yui,,beliau telah menghafal beberapa buah lagu nyanyian yui seperti gudbye days...beliau kini meminati mata pelajaran addmath kerana merasa seronok ketika membuatnya...beliau juga turut meminati seorang perempuan d sk naim lilbanat tetapi identitinya dirahsiakan...beliau telah memasuki sekolah memandu tetapi belum tamat pengajian...di dalam kelas beliau bertindak sebagai bendahari ataupun ALONG...rumah beliau terletak di kubang kerian...baru baru ini beliau telah menyambut hari jadi yang ke 17 pada 20.02.09.....selamat maju jaya...lebih lanjut di http://profiles.friendster.com/karninez

Jehe(mr.Daddycool)
nama sebenar beliau ialah Izham klu tk siap...diberi gelaran tersebut kerana sentiasa bersikap tenang atau pun cool klu kot inggeris...walaupun begitu,,beliau seorang yang serius..lihat saja mukanya..beliau amat komited dalam menjalankan tugas termasuk lah meniru peka fizik...yang lain pula akan meniru beliau...klu mengikut mata kasar,beliau ialah orang yang paling rendah di dalam kelas..walaupun begitu,,beliau tidak mudah untuk dibuli..mungkin beliau ade tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri..beliau tnggal dekat ngan alah nk g KUTE..di mana??belum dikenal pasti...beliau akan pulang ke rumah dengan menaiki bas...mungkin beliau gembira dengan hidup beliau sekarang...

Beji(mr.Denggi)

nama sebenar beliau ialah muhd Faris Hezrey...diberi gelaran tersebut kerana telah menjadi suspek bagi kes demam denggi...beliau dikatakan mempunyai bakat yang tinggi dalam penulisan dalam bahasa inggeris..maybe beliau telah menghafal semua perkataan di dalam kamus..beliau selalu menjadi mangsa peniruan ketika peperiksaan bahasa inggeris...mungkin suatu hari nanti beliau akan anak murid kesayangan teacher...rumah beliau tidak diketahui lokasinya..maybe sekitar area kelantan...





Amin(mr.JasonMraz)
nama sebenar beliau ialah nur amin....diberi gelaran tersebut kerana selalu menyanyikan lagu im yours..beliau menyanyikan lagu itu tanpa ada sedikit pun tersekat2...suara beliau juga begitu sedap untuk didengar..beliau selalu mendapat permintaan daripada rakan2 untuk menyanyikan lagu tersebut..beliau mudah untuk didekati kerana mudah mesra...selain menyanyi,beliau juga mempunyai bakat yang lain iaitu melukis..bakat melukis beliau memang tidak dapt dinafikan lagi kerana banyak karya2 yang telah dihasilkan oleh beliau..tetapi..kadang2 beliau menyalahgunakan bakat beliau...beliau seorang yang aktif kerana datang ke sekolah dengan menaiki basikal...rumah beliau berdekatan dengan smk naim lilbanat...sesungguhnya beliau seorang yang amat bertuah....

Amin(mr.whiteman)
namanya muhd amin..dia bukannye adik kembar bagi amin yg satu lagi..lihat saja kulitnya...diberi gelaran tersebut kerana mempunyai wajah seakan akan mat saleh..macam orang arab pun ada..tapi loghat beliau ialah kelantan dan itu membuktikan bahawa beliau memang berasal dari kelantan...tidak dapat dinafikan lagi...beliau memegang jawatan pengawas di dalam kelas..rumah beliau terletak di baung...dulu beliau selalu naik bas ALONG untuk pulang...tetapi sekarang tidak diketahui...


Hakam (mr.palo)
nama beliau ialah muhd adil Hakam...diberi gelaran palo kerana kepalanya dikatakan botak tetapi mempunyai rambut..aik..pelik...dia ialah anak kepada seorang guru cemerlang di sekolah iaitu EN PAHIMI....beliau dan bapak beliau satu kepala kerana saling meminati arsenal...BOIKOT ARSENAL!!!!keadaan mr palo ini tidak terurus dengan baik..kekadang baju duk luar...tp dia ni buleh dikatakan bijak ketika sesi pembelajaran..beliau juga sering bertanya kepada guru tanpa sebarang kemaluan jika tidak memahami sesuatu perkara..semasa waktu PJ,beliaulah orang yang paling bersemangat sekali...beliau juga seorang pemain bola yang agresif tapi tk penah menjaringkan gol...


Dzulalif (Budak baik)
nama beliau ialah muhd Dzulalif...diberi gelaran tersebut kerana dialah pelajar yang paling sivik..walaupun begitu,dia seorang pengawas yang tegas...mangsa ketegasan beliau ialah furqan...furqan sentiasa ditegur oleh beliau...beliau merupakan anak salah seorang guru di maktab sultan ismail..guru kimia plak tu..bapanya juga dikatakan mengajar kimia(tk tahu btul ko dk)beliau seorang pelajar yang pintar,berdisiplin,dan disenangi ramai guru...itu sahaja untuk dzulalif..


Fadhil (mr.Math)
nama sebenar beliau ialah Tengku muhd Fadhil..beliau ialah keturunan tengku kerana semua nama ahli keluarga beliau bermula dengan tengku..di beri gelaran tersebut kerana beliau amat pandai dalam subjeck tersebut dan ibunya juga seorang ckgu math di Maktab..kekadang,beliau memakai seluar di atas pusat..sivik la katakan...tetapi itu kekadang...beliau salah seorang pengawas di dalam kelas 5 beta dan sentiasa berada dalam keadaan kemas..beliau juga ialah gu kacip kepada sahabat nya iaitu Dzulalif..sentiasa berdua duaan dengan Dzulalif...adakah skandal?????mungkin akan dibongkar kelak...


Nike(mr.Smiley no2)
nama beliau Hafizullah klu tk silap..mendapat gelaran tersebut kerana selalu berdampingan dengan Mr smiley...dia mempunyai hubungan yang akrab dengan mr smiley..beliau juga seorang yang sihat sejahtera...kedudukan beliau di dalam kelas ialah kedudukan yang paling digeruni oleh semua pelajar iaitu di hadapan meja guru...beliau tidak banyak bercakap di dalam kelas..apa yang mampu beliau buat hanyalah senyum,senyum,dan senyum...rumah beliau belum dapat di jejaki...itu lah serba sedikit tntg beliau....


Faez(mr.Silent)
nama sebenar beliau ialah Muhd Faez Idham...di beri gelaran tersebut kerana dia tidak banyak bercakap dan hanya bercakap apabila di tanya...dia juga suka bersendirian...akibat tidak banyak bercakap,tidak banyak jugalah perkara yang hendak di ceritakan tentang beliau kerana kekurangan bahan...


Ajim(mr.Kyle XYZ)
nama sebenar beliau ialah Wan MUHD Azim....diberi gelaran tersebut kerana mukanya dikatakan menyerupai kyle xy..btul atau tidak,anda sendiri menilainya...dia seorang yang pelik kerana selalu melakukan perkara yang pelik...pernah suatu hari beliau memakai koyok(plaster untuk orang pening) di dahi...hahahah..ape kejadahnya beliau..sebenarnya,banyak lagi benda pelik yang beliau lalukan tetapi tidak dapat dinyatakan di sini kerana akan menjatuhkan maruah beliau...apabila ada masa lapang,beliau suka membaca buku..beliau juga tidak banyak bercakap dan kurang bergaul dengan pelajar lain...walaupun beliau Mr Kyle xyz, tetapi beliau tidak mempunyai sebarang kuasa...hanya 1 kuasa beliau iaitu membuat sesuatu yang pelik....


Payeh (Mr.G) assistant monitor
nama sebenar beliau ialah Muhd Faris Farhan...beliau ialah orang ke 2 terpenting di dalam kelas kerana memegang jawatan pembantu ketua kelas...di beri gelaran Mr.G kerana dikatakan mempunyai skandal dengan seorang perempuan yang dikenali hanya dengan panggilan G.siapakah G itu????hanya beliau yang tahu...hubungan mereka terbongkar semasa kem sahsiah remaja anjuran YADIM...beliau merelakan kawan kawan beliau yang lain bercakap dengan Mrs G menggunakan hp beliau..tetapi mungkin di dalam hati beliau,perasaan marah sedang membuak buak kerana mengganggu teman beliau..tetapi beliau buat rilek saje..beliau juga merupakan pemain badminton maktab..beliau mempunyai pukulan smash yang kuat..sekuat badang...cita cita beliau ialah untuk mewakili malaysia ke kejohanan All England dan memjadi anak kelantan yang ke 2 memenangi kejohanan tesebut...beliau juga peminat setia bola sepak kelantan...


Muin (mr.Skeleton)
nama sebenar beliau ialah Abdul Muin...diberi gelaran tersebut kerana dia kelihatan seperti tulang yang bergerak dengan sendirinya...tubuh beliau amat lah kecik...tulang beliau juga jikalu di pegang perlu berhati hati kerana dibimbangi akan patah...beliau seorang yang kuat sobek muto..ekzos motor nya berbunyi pom!pom!pom! skali macam helicopter da...beliau juga seorang yang kuat derak(jalan jalan)...apabila lewat pulang,bapa beliau akan cal beliau tetapi belau tidak akan jawab kerana takut dimarahi...walaupun kecik,beliau telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri kerana telah menjaringkan gol yang pertamanya dalam permainan bola sepak dalam sejarah hidup beliau...kegembiraan beliau tidak dapat digambarkan dengan kata2...beliau juga seorang mat rempit kerana motor lah hidup beliau....
tempat tinggal beliau->belake shell baung....



Sufri (Kapten Suprek)
nama sebenar beliau ialah Muhd Sufri...sejarah nama gelaran beliau amat menarik kerana bermula dengan sufri,kemudian supreme,dan yang terbaru ialah suprekkk....diberi gelaran tersebut kerana selalu di prekk(mende??) oleh rakan2 beliau..beliau seorang yang amat 'mata keranjang'..sehingga sanggup datang dari jauh semata mata untuk skodeng kapal terbang..beliau juga seorang pengedit gambar yang berjaya...selalu mendapat tempahan mengedit gambar dari rakan rakan yang lain...beliau seorang yang sangat rileks..suka bermain pool&bowling..dan tempat lepok kegemaran beliau ialah d kbmall..sama dengan 2 orang rakan selepok dengan beliau iaitu YO dan Pa'an....beliau tinggal di asrama kerana rumah beliau amat jauh...iaitu dekat ngan ketereh....beliau juga selalu ushar anak gadis jirannya..amat gatal beliau...ingin mengenali beliau dengan lebih dekat???layarilah http://profiles.friendster.com/mwings


Karmani (Mr.Smiley)

nama sebenar beliau ialah Karmani...diberi gelaran tersebut oleh ckgu Zul kerana selalu senyum apabila ditanyakan soalan sehinggakan ckgu pelik melihat keadaan beliau...walaupun tengah marah,beliau tetap senyum..entah macamana beliau boleh berbuat demikian...beliau ialah satu satunya pengawas perpustakaan di dalam kelas..beliau juga selalu di booooooo oleh rakan rakan yang lain...tempat duduk beliau juga ialah tempat duduk yang paling digeruni kerana betul betul berada di hadapan meja guru...jikalau ada cikgu,sudah tentu mereka berdua akan bertentangan mata..dan karmani pastinya akan sentiasa tersenyum...membuatkan hati para guru menjadi cair dan tidak jadi marah...lebih lajut,layari http://profiles.friendster.com/26822548

1 comments:

NeRdYBaCh. said...

huhu!! pedis!!!
aaaargh!!

Post a Comment

Followers